Dikritik Nyanyi Live Lagu Angau Sumbang, Fahimi Rahmat Tak Terasa… Terhibur Baca Komen Netizen

Penyanyi Fahimi Rahmat tampil memberi respons mengenai kritikan netizen terhadap persembahannya yang dikatakan kurang memuaskan menyanyikan lagu Angau di sebuah program televisyen (TV), baru-baru ini.

Menurut Fahimi atau nama lengkapnya, Muhammad Fahimi Rahmat, dia mengaku persembahannya itu kedengaran sedikit sengau kerana berpunca daripada masalah kesihatan yang dialaminya ketika itu.

“Bila saya tengok video tersebut saya terus ketawa, saya rasa terhibur bila baca komen-komen netizen.

“Sebenarnya pada hari tersebut saya tak berapa sihat, hidung saya ada masalah dan demam, saya ada sinus. Jadi ada kedengaran sengau sedikit.

“Saya akui ada kekurangan di beberapa bahagian ketika saya menyanyi waktu itu,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Tambah kembar kepada komposer Firdaus Rahmat itu, Fahimi berkata dia tidak terasa dengan kritikan netizen sebaliknya menghargai setiap komen yang diberikan.

“Saya tak terasa cuma saya bersyukur apabila orang beri teguran pada saya. Itulah apa yang saya rasa.

“Saya tiada masalah dengan itu, setiap orang pasti akan bercakap tentang orang lain juga kan.

“Saya cuma terasa apabila ramai yang mendengar dan ambil berat tentang nyanyian saya, itu semua perspektif orang terhadap saya.

“Saya hargai sangat bila orang masih dengar dan saya terima seadanya, tak terasa sedikit pun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fahimi juga menganggap pandangan sesetengah pendengar yang mengatakan lagu ciptaan sepenuhnya itu ‘menjengkelkan’ merupakan maklum balas yang perlu dihadamnya.

“Bagi saya itu adalah satu maklum balas, jika kita cipta atau buat sesuatu content, pasti mereka mahukan maklum balas dari orang lain.

“Bagi saya ia satu respons yang baik, ada yang suka, ada yang sebaliknya, jadi itu satu respons.

“Saya akan teruskan lagi supaya orang akan terus tengok video saya, maknanya orang nampak hasil kerja saya,” tutupnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video yang memaparkan Fahimi membuat persembahan di sebuah program TV, namun rata-rata netizen mengkritik nyanyiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbaring Lagi Di Taman… Trending Di Media Sosial, Jom Kenali Penyanyi Lagu Angau, Fahimi Rahmat

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Fahimi Rahmat Pernah Dituduh Seorang Yang Playboy Gara-Gara…

ARTIKEL BERKAITAN: #LaguXTRA: “Terbaring Lagi Di Taman…” – Tak Sangka Lagu ‘Blow Up’, Fahimi Jadi Wakil Buat Jiwa Sedang Angau

Khairil Khusyairi