Dituduh Buat Content Ketika Tunai Umrah, Isteri Atu Zero Tampil Perjelas – “Jangan Pukul Rata…”

Isteri kepada pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari tampil menepis dakwaan netizen yang mendakwa dia membuat ‘content’ di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan ibadah Umrah, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shafeeqa menyelar dakwaan netizen tersebut dengan menjelaskan dia hanya mahu berkongsi kenangan dan pengalaman kepada anak-anaknya.

Malah, perkongsian video yang memaparkan Atu dan Shafeeqa berinfaq kepada penduduk di Makkah tersebut dibuat menerusi akaun IG peribadi dan bukannya akaun pertubuhan (NGO).

“Tidaklah, kalau content saya tunjuk dari awal sampai habis saya bagi. Cuma mahu selitkan kenangan dan pengalaman supaya ada positif vibes untuk anak-anak saya.

“IG ini milik saya bukan IG milik NGO untuk dibuat content.

“Saya tak tunjuk pun ibadah saya ketika sedang Umrah. Andai kata tak suka jangan lihat posting saya,” balas Shafeeqa.

Jelas Shafeeqa lagi, netizen tidak sepatutnya memukul rata terhadap sesiapa yang menunaikan Umrah hanya mahu membuat content semata-mata.

“Minta maaf ya, saya bukan sejenis yang mengambil kesempatan untuk sebuah content. IG ini adalah IG life saya.

“Bukan nak menunjuk-nunjuk dan IG ini untuk saya mencari rezeki dengan penjualan kek saya.

“Jika nak buat content, banyak sungguh pengalaman pengurusan jenazah percuma kami boleh dibuat content yang lebih menyayat hati.

“Jangan pukul rata je untuk semua yang menunaikan ibadah, just want to share experience. Saya ke sana beribadah. Positive vibes akan diperoleh jika permikiran positif,” tutupnya.

Dalam masa sama, Shafeeqa turut meluahkan rasa syukur apabila dapat berinfaq di Tanah Suci Makkah dan semuanya dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Atu Zero Lupa Birthday Isteri Tapi Hadiahkan Dengan Bawa Pergi Masjid – “Terima Kasih Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”

Khairil Khusyairi