Umisya Jadi Model Dengan Suami & Madu, Kakak Sifatkan Jenama Pakaian Terbabit Tiada ‘Common Sense’ – “Dia Tak Tahu Perempuan Ni Shoot Produk Sama”

Kakak kepada Umisya Mazlan, Nadiah Mazlan tampil mempertahankan kedudukan adiknya dan mendakwa telah ‘dipergunakan’ oleh sebuah jenama pakaian tempatan.

Terdahulu, jenama pakaian tersebut telah memuat naik video mesra pempengaruh, Marissa Dania yang merupakan isteri kedua kepada Aslam memperagakan koleksi raya mereka pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania, Aslam & Umisya Jadi Model Jenama Pakaian Yang Sama, Netizen Berang 

Kesal dengan tindakan jenama terbabit, Nadiah menyatakan adiknya, Umisya atau Misya tidak tahu pun bahawa Marissa terlibat dalam penggambaran produk yang sama.

“Assalamualaikum @je********, Saya pasti kamu semua ada perasaan, ada hati, common sense, akhlak, dan ambil peduli tentang perasaan orang lain.

“Untuk pengetahuan, Misya memang tak tahu langsung yang waktu shoot produk tu, perempuan ini juga shoot produk yang sama. Dan Bila dah sampai tempat casting baru tahu.

“Dan pada masa tu juga telah diberitahu jangan post benda-benda yang boleh melibatkan mereka berdua which means Misya dan perempuan ini. Saya kakak kepada Umisya. Saya komen ni sebab saya periu pertahankan adik saya.

“Jangan jadi kan bahan ni sebagai marketing kalian. TOLONG JADI MANUSIA YANG PUNYA IHSAN TERHADAP MANUSIA LAIN,” tulisnya di perkongsian yang telah dipadam itu.

Dalam perkongsian di Instagram Story (Igs), Nadiah turut berharap pihak jenama pakaian tersebut meminta maaf kepada adiknya, Misya yang berkecil hati dengan tindakan mereka

“@jel******* bertaubat dan minta maaf pada @umisyamazlan kerana mungkin dalam keasyikan, kerasukan dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian, sampai melukakan hati manusia yang sememangnya sudah lama terluka . Sebaik baik manusia, adalah manusia yang berbuat kebaikan pada manusia lain. Tolong!

“Biarlah semua orang bercakap buruk pada dia @umisyamazlan, tapi kami kakak-kakak akan selalu pertahankan adik kami.

“Sebab mak selalu pesan, jaga adik ko dan tengok kan adik kau, kalau mak dah takde dalam dunia ni, jangan ko lupa pesan mak,” katanya.

Fatin Nurain