Marissa Dania, Aslam & Umisya Jadi Model Jenama Pakaian Yang Sama, Netizen Berang

Sebuah jenama pakaian tempatan teruk dikecam oleh netizen gara-gara menyatukan pempengaruh Marissa Dania dan Aslam untuk peragakan koleksi raya mereka pada tahun ini.

Terdahulu, jenama pakaian tersebut telah memuat naik video mesra Marissa dan Aslam ketika peragakan koleksi raya mereka.

Bagaimana pun, perkongsian di Instagram itu telah dipadamkan selepas menerima kecaman dari warganet.

Dalam perkongsian lain, isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan turut menjadi model bagi jenama pakaian tersebut sekali gus mencetuskan lagi kemarahan orang ramai.

Selain dianggap sebagai ‘marketing’ murahan, rata-rata netizen menganggap tindakan jenama terbabit kurang sensitif dengan kontroversi yang berlaku.

Sebelum ini, Marissa telah didakwa sudah berkahwin dengan Aslam di Thailand tanpa pengetahuan ibu bapanya, Abby Abadi dan Norman Hakim.

Malah, perkahwinan tersebut juga dikatakan berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya.

Setakat ini, setiap pihak enggan memberikan komen berkenaan isu tersebut dan selesa mengunci mulut.

 

Fatin Nurain