Categories: Hiburan

Fairuz Misran, Klon P Ramlee Meninggal Dunia

Penyanyi Fairuz Misran dikhabarkan telah meninggal dunia di Hospital Licious Labuan, kira-kira 1.30 petang tadi.

Memetik laporan mStar, berita pemergian Allahyarham itu telah dikongsikan oleh sahabatnya Munirah.

“Benar, Allahyarham meninggal dunia di
Hospital Licious Labuan kira-kira pukul 1.30
petang tadi.

“Bagiamanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiaannya,” katanya.

Namun, Munirah tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham.

Umum mengetahui, Fairuz terkenal dengan gelaran klon P Ramlee kerana wajahnya persis seniman tanah air itu.

Pelantun lagu Untukmu itu juga pernah dinobatkan sebagai juara daam pertandingan Bintang P Ramlee di peringkat kebangsaan, pada 2012.

Fatin Nurain