Faizal Tahir Angkat ‘Ratu’ berada pada kelas tersendiri

Apabila munculnya karya dari penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir , ia sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat.

Sejak 17 Jun lalu, Faizal sudah mula mengacah peminat dengan lagu terbarunya yang dimuat naik bersama sebuah video demo ke saluran YouTube Faizal Tahir.

Dan semalam, single terbaharunya itu berjudul ‘Ratu’ dilancarkan secara rasmi setelah mengambil masa selama 5 tahun untuk menyiap dan menukar gubahan muzik sebanyak 6 kali.

Faizal dan pasukan produksi muziknya sememangnya sinonim dengan keberanian bereksperimentasi dalam menghasilkan sajian muzik yang unik.

Kali ini ‘Ratu’ menampilkan gubahan muzik bertunjangkan irama balada piano yang diberi sentuhan elemen kontemporari yang menjadikan lagu ini berada di kelas tersendiri.

Liriknya pula berkisar tentang luahan rasa seseorang untuk seorang figura wanita yang selayaknya dicintai, dihargai dan diberi penghormatan tertinggi sebagai ratu hidupnya.

‘Ratu’ yang merupakan karya ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan dan Mage diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

“Ratu”  merupakan balada pertama Faizal Tahir selepas 2 tahun

Ia kini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

SGMS Fas