Famili Duo 3: Persembahan Minggu Ke-2 Terima Komen Pedas Dari Ajai, Video Spontan Ryan & Adam Bakery Buat Ramai Berdekah

Pasangan adik beradik Ryan & Adam Bakery tampil menerima kritikan pedas daripada juri tetap program Famili Duo Musim Ketiga (FD3), Ajai, semalam.

Menerusi persembahan minggu kedua malam tadi, pasangan duo adik beradik itu telah menyanyikan lagu Kau Tigakan Cintaku nyanyian asal Elkasih.

Kurang sendang dengan persembahan dua beradik itu, Ajai tampil memberikan kritkan jujurnya dengan  menganggap mereka tersalah pilih lagu kerana tidak sedap dipendengaran telinganya.

Memetik laporan OhBulan!, Ajai hanya memberikan tiga markah sahaja untuk persembahan minggu kedua pasangan adik-beradik itu.

“Tak ada ke orang cakap awak berdua tak sedap nyanyi lagu ini? Saya kena jujur, penyampaian nyanyian tadi itu tak sedap. Awak berdua kena faham apa keistimewaan yang awak berdua ada, bukan tunjukkan keburukan.

“Ini pertandingan saya rasa pemilihan lagu yang salah, tone yang tak sedap, persembahan ini mengganggu telinga saya, teruk sangat, kena faham dan tunjukkan yang cantik bukan tunjuk yang buruk,” katanya.

Sementara itu, Ryan dan Adam tampil memuat naik video spontan mereka selepas sedar mereka dikecam oleh netizen susulan persembahan mereka semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Adam kelihatan sangat sedih apabila terbaca segala komen tentang mereka.

Menyedari perkara itu, Ryan telah memujuk adiknya supaya kuatkan mental dengan segala tohmahan yang diterima dan tidak membaca komen.

Lebih mencuit hati, Ryan turut menangis selepas melihat kecaman yang diterima biarpun sudah menasihati adiknya.

“Dah kenapa Adam muram je?

“Aku tengok komen Famili Duo. Teruk kita kena kecam.

“Kan aku dah cakap jangan tengok komen. Yang kau degil juga nak baca buat apa? Kau dah tahu mental kau tak kuat, fokus je apa yang kita nak buat ni.

“Kuat eh mental kau boleh tahan kecaman orang. Mana komen, bak aku tengok,” katanya.

Selain Ryan dan Adam, program nyanyian itu juga disertai oleh, Shila dan Syahir, Adira dan Emma, Tom dan Fuad Rahman, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran dan Syaiful dan Sharif.

Selain Ajai, penyanyi dangdut Mas Idayu juga merupakan juri tetap untuk program tersebut.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo Musim Ketiga yang dikendalikan oleh hos Izzue Islam dan Janna Nick itu di TV3, jam 9 malam, setiap Ahad.

 

 

Fatin Nurain