Categories: Hiburan

Famili Duo: Sarat Hamil 5 Bulan! Tom Masih Mampu ‘Tarik’ Nada Tinggi, Bersedia Terima Kritikan – “Saya Akan Buat Sedaya Mampu”

Penyanyi Tom yang kini sarat hamil lima bulan masih mampu memberikan persembahan hebat malah berjaya menyanyikan lagu nada tinggi dalam Famili Duo.

Bergandingan bersama suami, Fuad Rahman, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, dia memang gemar menyanyikan lagu bernada tinggi.

“Setakat ini, saya tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan vokal kerana sering mengikuti latihan.

“Saya pun tak tahu apa yang akan datang. Tugasan akan lebih susah dan mencabar.

“Tengok je lah macam mana, saya akan buat sedaya mampu. Lagipun saya ada Fuad di sisi. Dia boleh bantu saya,” katanya kepada XTRA.

Malah, juara program realiti My Starz LG musim ketiga ini turut mengakui cabaran untuk menyanyi dengan baik kerana dirinya hamil dan ia akan menyebabkan gangguan pernafasan serta emosi.

Dalam pada itu, Fuad meletakkan batas-batas tertentu supaya kesihatan dan keselamatan isterinya terjaga.

“Saya akan limitkan Tom untuk tidak bergerak sangatlah. Kalau pergerakan simple, saya okay sahaja. Saya agak ‘kayu’ sedikit berbanding Tom.

“Tom lebih lincah dan dia sanggup untuk menari supaya persembahan lebih menarik dan gempak. Kalau boleh, isteri saya nak persembahan kami all out,” kata Fuad.

Pasangan suami isteri ini bersedia untuk menerima kecaman dan kritikan pedas daripada juri demi menambaik mutu persembahan.

Walaupun emosi wanita hamil mudah terganggu dan lebih sensitif, pelantun lagu Redha itu berharap dia dapat menerima segala kritikan pedas juri dengan hati yang terbuka.

Program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga tersebut menampilkan enam pasangan iaitu Tom dan Fuad Rahman (suami isteri), Syahir dan Shila Amzah (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Adam dan Ryan Bakery (adik-beradik), Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton.

Artikel berkaitan : “Nervous Sangat-Sangat” – Sarat Hamil 5 Bulan, Tom Bersyukur Dikurniakan ‘Baby Girl’!

Artikel berkaitan : Gara-Gara Berkongsi Pengalaman Hilang Kena Sorok ‘Bunian’, Tom Kesal Dituduh ‘Isap Gam’

Artikel berkaitan : Tom Dedah Fuad Rahman Larang Nyanyi Di Kelab Malam – “Kena Fokus Pada Rumah Tangga…”

Syamir Shafie