Famili Duo 3: Masalah Teknikal Mikrofon Tidak Berfungsi Masa Nyanyi, Shila Amzah Lupa Nak Beri Peringatan Pada Diri Sendiri…

Gandingan adik beradik penyanyi Shila Amzah dan adik lelakinya, Amir Syahir mengalami masalah teknikal dalam Famili Duo 3 apabila mikrofon mereka tidak berfungsi.

Menurut Shila atau lebih mesra dipanggil Sha memberitahu dia sudah memberikan yang terbaik namun masalah teknikal tidak dapat dielakkan.

Malah, dia turut memberi pesanan kepada adiknya masalah teknikal kemungkinan boleh berlaku dan dia perlu bersedia.

“Sha teruskan saja sebab benda kita tak sangka. Kita dah rehearsal beberapa hari dan semuanya berjalan dengan lancar. Tapi benda nak jadi. Yang penting kita dah buat sehabis baik dan semampunya.

“Sebelum naik stage, Sha dah cakap dengan Syahir apa yang berlaku atas pentas, apa yang berlaku atas pentas macam-macam boleh berlaku. Perkara-perkara teknikal memang tak boleh jangka.

“Saya dah beritahu dia tapi Sha lupa nak cakap dengan diri sendiri. Jadi saya pun macam, panik sikit tapi okay lah Alhamdulillah Syahir dapat cover,” ujarnya.

Malah, penjurian daripada Mas Idayu atau Mami yang baik tentang persembahan Syahir membuatkan kakaknya lega.

“Yang penting dia tak kena bantai dengan mami (Mas Idayu) sebab kita takut untuk dia. Bila dia dah selesa atas pentas tu actually Sha rasa lega lah.

“InsyaAllah next time kita boleh bagi yang lebih baik,” katanya lagi.

Disoal sama ada mereka kecewa di atas masalah tersebut, Syahir yakin dapat merasakan lebih puas sekiranya semua berjalan dengan lancar.

“Nak kata kecewa, tidak. Lebih kepada kita boleh bagi 100 percent kalau perkara tu tak berlaku. Mungkin lebih puas lah,” ujar Syahir.

Susulan kemelut bersama adik beradik isu jual rumah, Sha memilih untuk mengalihkan fokusnya dan mengutamakan Famili Duo terlebih dahulu.

“Dari segi mengganggu tumpuan tu Sha rasa lebih kepada kita dapat divert fokus kita kepada Famili Duo sesungguhnya ni adalah yang lebih penting. Keutamaan kita kepada Famili Duo jadi kita fokus dulu yang ini,” jelasnya.

Program rancangan hiburan realiti TV berkonsepkan Rancangan Nyanyian Keluarga tersebut menampilkan enam pasangan iaitu Tom dan Fuad Rahman (suami isteri), Syahir dan Shila Amzah (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Adam dan Ryan Bakery (adik-beradik), Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim secara HD hanya di Tonton.

Maya Basir