Keluarkan Produk ‘The Palestine’, Naim Daniel Tempelak Jenama Vivy Yusof? – “Dua-Dua Opportunist”

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel menempelak usahawan Vivy Yusof yang didakwa mengambil kesempatan di dalam kesulitan orang lain.

Menerusi hantarannya di platform X, dia menyamakan tindakan jenama Vivy iaitu dUCK dengan Israel gara-gara mengeluarkan produk tudung dan cawan dengan menggunakan bendera Palestin.

“Sama je dengan Israel. Dua-dua opportunist,” ujarnya.

Di dalam hantaran lain, dia berpendapat perkara itu seakan tidak masuk akal sementara rakyat-rakyat Palestin sedang menderita susulan peperangan yang berlaku di sana.

“Kata apa korang nak kata. Tapi kalau kau okay if any brands jual barang tak jaga timing sensitivity;

“Siap jual water mug yang ada warna bendera Palestin dimana rakyat Palestin sendiri pun kena sekat diorang punya water access dan kemudahan lain oleh Zionis gila tu. Entahlah,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, ada seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Novandri mengatakan tidak salah untuk menggunakan hasil jualan untuk didermakan.

Namun, dia memberitahu tindakan itu tidak cerdik malah tidak sensitif dengan apa yang berlaku di Palestin.

“Cuma satu, saya bantah perkataan ‘THE PALESTINE dUCK’. Ianya tidak cerdik dan sensitif. Hanya “THE PALESTINE’, jangan campur dengan nama brand,” ujarnya.

Maya Basir