“Family Man Sangat” – Gelagat Sharnaaz Ahmad Iring Jebat & Nabila Tunai Umrah Raih Pujian

Pelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas tular videonya mengiringi anaknya, Jebat Jayden dan bekas isteri, Noor Nabila sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah, semalam

Menerusi video yang tular di TikTok itu, Sharnaaz turut kelihatan akrab bersama keluarga bekas isterinya itu ketika di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam perkongsian tersebut, mereka juga sempat bergambar mesra secara berkumpulan sebelum anak dan bekas isterinya itu berangkat ke tanah suci Makkah.

“Family man sangat daddy, Ustaz Haris & Sharnaaz,” tulisnya.

@lofa.redland Family man sangat daddy, ustaz haris & sharnaz😍😍 #neelofa #nunha #lofafamily #umrah2023 #fypage ♬ Family – The Chainsmokers & Kygo

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka dengan hubungan kekeluargaan pelakon itu bersama keluarga bekas isterinya biarpun sudah berpisah.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sediakan Ubat Sesuai Umur Dia” – Pertama Kali Umrah Bersama Bilal, Neelofa & PU Riz Mahu Cipta Kenangan Di Tanah SuciPelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas tular videonya mengiringi anaknya, Jebat Jayden dan bekas isteri, Noor Nabila sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah, semalam

Menerusi video yang tular di TikTok itu, Sharnaaz turut kelihatan akrab bersama keluarga bekas isterinya itu ketika di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam perkongsian tersebut, mereka juga sempat bergambar mesra secara berkumpulan sebelum anak dan bekas isterinya itu berangkat ke tanah suci Makkah.

“Family man sangat daddy, Ustaz Haris & Sharnaaz,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka dengan hubungan kekeluargaan pelakon itu bersama keluarga bekas isterinya biarpun sudah berpisah.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sediakan Ubat Sesuai Umur Dia” – Pertama Kali Umrah Bersama Bilal, Neelofa & PU Riz Mahu Cipta Kenangan Di Tanah Suci

Fatin Nurain