Fans Day Out Drama Sangat Tour 2018 Meriah!

Aktivit pada hari kedua siri jelajah Drama Sangat 2018 kali ini diteruskan lagi. Seawal jam 11 pagi, para artis yang terlibat berada di Komtar JBCC, Johor Bahru bersama peminat-peminat mereka beramah mesra dan mengambil gambar bersama-sama selain memenangi hadiah istimewa dengan menjawab soalan-soalan mudah yang diberikan. Ternyata seperti biasa, sambutan peminat di Johor Bahru memang tidak pernah menghampakan.

 

Selepas aktiviti bertemu peminat di Komtar JBCC, Johor Bahru ini, para peminat dan artis yang terlibat akan bersama-sama sekali lagi bagi menyelesaikan tugas yang telah disediakan oleh krew Drama Sangat yang dipanggil Fans Day Out #DramaSangat Tour yang akan berlangsung di Forest City, Phoenix Hotel, Gelang Patah Johor. Wah!

Sebelum aktivti Fans Day Out diteruskan, peminat terlebih dahulu didedahkan dengan sesi ice breaking bersama Motivator, Sir Zahrin

Dan, kalau nak tahu happening atau tak Fans Day Out #DramaSangatTour ni, apa kata korang layan dan tengok sendiri gelagat artis kesayangan masing-masing okay!

Meriah tak? Mestilah meriah kan? Jangan taktau pula, artis bersama kelab peminat yang menang akan menerima hadiah istimewa dan eksklusif daripada pihak Forest City Phoenix Hotel tau!
Kalau korang nak tahu, siapa pemenang  bagi acara yang berlangsung sebentar tadi, korang semua kenalah tengok  instagram TV3Malaysia, atau #DramaSangatTour.

Sepanjang aktiviti Fans Day Out yang berlangsung di Phoenix Hotel, Johor Bahru

Dan, berita baik buat peminat-peminat Drama Mocha Kau Bahagia 2, Mawar Murni,Terima Aku Seadanya dan Rahasia Kasih di Seremban 2, Negeri Sembilan, jangan ketinggalan kerana, esok kami akan berkunjung ke tempat korang!
Salma Syahbuddin