Farah Nabilah Bakal Tamatkan Zaman Bujang Disember Ini

Pelakon Farah Nabilah mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Mohammed Amirul Yunus seorang juruterbang pada 20 Disember depan. 

Ditemui ketika sidang media khas pengumuman perkahwinannya di The Orchid Conservatory, Hotel Majestic pada hari ini, Farah berkongsi akan melangsungkan majlis resepsi perkahwinan sebelah lelaki pada bulan Disember tahun ini dan majlis resepsi sebelah perempuan pada 5 Januari 2020. 

Perkahwinan pasangan ini akan disiarkan secara langsung menerusi portal perkahwinan popular TV3, @mahligaicintatv3 

Diperkenalkan oleh rakan karibnya pelakon Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu, Farah mengatakan sikap penyabar dan pandai mengambil hati keluarga membuatkan beliau tertarik dengan Amirul dan terbuka hati untuk menerima lamaran jejaka pilihan hatinya itu.

Del14