Farah Nabilah Tunang Senyap-Senyap?

Pelakon Halalkan Hati Yang Ku Curi ini memberitahu jika ditakdirkan jodoh beliau datang dalam masa yang terdekat, Farah sama sekali tidak akan mewar-warkan pertunangannya itu kepada umum.

Keputusan tersebut dibuat kerana takut dengan dugaan dalam fasa tersebut. Menurut Farah, sekiranya proses pertunangan ini dapat dielak, beliau mahu terus melangsungkan perkahwinan kerana takut dengan cerita dan pengalaman pasangan yang telahpun bertunang.

” Kalau perlu juga saya bertunang, saya akan mengadakan ia secara senyap-senyap. Biasalah, apabila berita pertunangan tersebut tersebar, akan ada sahaja dugaan yang bakal menjelma” Katanya.

Sumber : Instagram @farahnabilahofficial

Bagaimanapun, Farah memberitahu beliau belum bersedia untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai perancangan perkahwinan beliau.

” In shaa Allah, kalau bukan tahun ini, mungkin kami akan berkahwin tahun depan. Jika segala perangcangan berjalan dengan lancar saya pastinya akan berkongsi tentang berita gembira ini” Jelasnya.

Salma Syahbuddin