”Farahdhiya Sudah Lakukan Yang Terbaik Sebagai Anak”- Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa gembira apabila melihat keadaan rakannya, penyanyi dan pelakon Farahdhiya yang sudah mampu tersenyum sejak diselubungi kesedihan semenjak kehilangan bapa tersayang minggu lalu. 

Perkara itu dikongsi oleh Fasha menerusi satu entri di akaun Instagramnya di mana dia memuat naik foto bersama Farahdhiya ketika menghadiri majlis tahlil dan bacaan yasin yang diadakan oleh penyanyi itu buat arwah bapanya, baru-baru ini. 

”Alhamdulillah, selepas seminggu dah nak ada sedikit senyuman di wajah Farah, dia minta hantar gambar untuk kenangan,” tulisnya.

Walaupun dia tahu Farah masih bersedih tetapi dia lega melihat Farah redha dan bersemangat untuk meneruskan hidup.

“Hati semestinya masih berdukacita, tapi ketabahan dan Redha untuk terus melalui hidup tanpa kekasih hatinya.

“Dada. Arwah berada di tempat yang lebih baik sekarang. Farah juga telah melakukan yang terbaik sebagai anak. Al Fatihah buat Dada,” tulis Fasha lagi.

Bapa Farah, Mohd Amin Zubir menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari lalu setelah beberapa tahun menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya. 

Arwah juga sering dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya sejak beberapa tahun lalu. 

Baca: Bapa Faradhiya Meninggal Dunia

Kredit Foto: Instagram @fashasandha

Del14