Fasha Akhirnya Bagi ‘Hint’ Jawab Teka Teki…

Walaupun kerap mendapat soalan “pregnant ke?”, “eh nampak macam baby bump!” di dalam ruangan komen instagramnya, pelakon Fasha Sandha memilih untuk diam seribu bahasa. Sehingga lah hari ini apabila dia memuat naik foto di instagramnya dengan kapsyen “Berlima…..InsyaAllah” yang sedikit sebanyak menjawab teka-teki yang bermain di minda peminatnya selama ini. 

Jun tahun ini, Fasha pernah mengalami keguguran setelah berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada 30 Mac yang lalu. Mungkin sebab itu, Fasha dan suami tidak mahu terburu-buru berkongsi berita kehamilan kali kedua ini.  

Rata-rata netizen berkongsi kegembiraan dengan pasangan ini dan mengucapkan tahniah dan semoga Fasha dan kandungannya baik-baik sahaja.

Melalui perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli, pelakon drama ‘Semua Salahku’ ini telah dikurniakan dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli (5) dan Putri Raysha Jemyma (4). 

Del14