“Fasha Sanda Hamil? Tambah Zuriat Itu Ada Dalam Perancangan Kami” – Aidil Aziz

Pelakon Aidil Aziz yang juga suami kepada pelakon versatile, Fasha Sandha tidak menafikan bahawa pertambahan zuriat itu ada dalam perancangan mereka.

Namun, dia menafikan jika terdapat khabar angin yang mengatakan isterinya itu sedang hamil pada ketika ini memandangkan kedua-dua mereka sedang sibuk dengan komitmen kerja.

“Tak adalah… itu cuma khabar angin semata-mata. Insya-Allah pada masa akan datang. Buat masa ini Fasha tidak hamil lagi.

“Kalau ada rezeki, perancangan untuk menambah zuriat itu memang ada tapi, biarlah kami kurang sibuk nanti,” katanya.

 

Memetik laporan Harian Metro, aktor berkenaan berpendapat sekiranya terdapat khabar angin yang mengatakan isterinya itu sedang hamil maka, warganet disifatkan sangat menyayangi dan mengambil berat perihal Fasha.

Bagaimanapun, Aidil menegaskan, dia dan isteri akan memaklumkan mengenai berita gembira itu kepada peminat sekiranya perkara itu benar.

“Saya suka apabila ada yang mendoakan yang baik-baik buat isteri saya. Kalau betul hamil nanti, kami akan kongsikan kepada peminat.

“Bila ada yang membuat andaian Fasha mengandung itu bermaksud orang sayang dekat dia. Dan, tiada masalah pun, bila ada yang berkongsi perkara itu cuma adalah lebih baik jika perkara itu betul,” jelasnya.

Terdahulu,  Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan pernah mencuri perhatian peminat selepas dia berkongsi rakaman menunjukkan dia sedang membuat senaman bersama anaknya, Aisha Amaira menerusi hantaran di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Comel! Fasha Sandha Buat Exercise Dengan Anak, Tapi Bentuk Badan Fasha Pula Jadi Tumpuan – “Wow Kurusnya”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tanya Apa Perasaan Fasha Sandha Apabila Sheila Rusly Jadi Ibu Mentua Elisya – “Saya Adalah Orang Pertama Yang Cuba…”

ARTIKEL BERKAITAN:Aidill Aziz Jadikan Fasha Sandha Contoh Terbaik – “Dia Sangat Komited & Berdisiplin”

ARTIKEL BERKAITAN:Aidil Aziz Tiada Masalah Fasha Sandha Berlakon Adegan Panas – “Di Luar Set, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia” 

 

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin