Main Badminton Bersama, Gelagat Syed Saddiq & Amelia Henderson Curi Tumpuan – “Dua-Dua Memang Super Competitive!”

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah bertemu bersama pelakon dan pengacara, Amelia Henderson menerusi sesi temu bual dalam podcast Studio Sembang, sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Dedah Tabiat Pelik Suka Tidur Dalam Panggung Wayang – “Dia Tak Sama Bila…”

Terbaharu, Ahli Parlimen Muar itu berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan dia dan Amelia sedang bermain badminton bersama.

Menerusi hantaran tersebut, Saddiq dan Amelia khusyuk dan bersemangat bermain demi mengejar skor kemenangan.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah ketika semua bola yang pergi kearah Amelia telah diambil oleh Saddiq.

“Syed Saddiq vs Amelia Henderson, who won? Dua-dua memang super competitive. Nak menang supaya boleh dijadikan bahan membahan sampai sesi seterusnya,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam bermain badminton.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang turut terhibur melihat gelagatnya dan Amelia memandangkan Amelia tidak dapat memukul bola.

“Wow YB nampak dah pandai main badminton ye.

“Kemain eh YB, Amelia ada sebelah auto terer.

“Power YB main.

“YB ni kesian Amelia, tak dapat pukul bola. YB jangan lah sapu semua hahaha,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 49,000 tanda suka dan lebih 586 komen.

Dharnieya Nur Amelsa