Fasha Sandha Kongsi Kisah Mula Masuk Dapur Sejak Umur 10 Tahun – “Saya Bukan Orang Senang, Ada Masa Kena Catu Makanan”

Pelakon Fasha Sandha berkongsi kisah dia mula memasak dan menyediakan juadah lauk sejak berusia sepuluh tahun lagi.

Kongsi Fasha, dia akui dirinya bukanlah datang daripada keluarga senang sehingga terpaksa mencatu makanan demi melangsungkan hidup.

“Saya mula memasak pada umur 10 tahun. Ibu saya bekerja siang dan malam ketika itu, jadi sayalah yang kena sediakan lauk seperti goring ikan dan telur.

“Sangat bebas ketika itu, saya bukanlah seorang yang senang, jadi bila ibu saya tiada, saya lah yang akan sediakan bahan-bahan mentah untuk masak.

“Goreng ikan dan telur sahaja, itu adalah makanan seharian kami untuk hari biasa. Kalau hari minggu pula istimewa sikitlah seperti lauk ayam.

“Kami bukanlah orang senang, sebab terpaksa catu makanan juga,” katanya kepada pemberita.

Fasha ditemui pada majlis berbuka puasa Gardenia Numee bersama Fasha Sandha di Gardenia Bakeries, Shah Alam, baru-baru ini.

Fasha di majlis berbuka puasa dan pelancaran produk Gardenia Numee

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini teruja apabila disunting untuk menjadi duta Gardenia Numee yang bakal memasuki tahun kedua.

“Alhamdulillah hampir setahun dah saya bergelar duta dan akan masuk tahun kedua.

“Memang saya pengguna setia daripada zaman sekolah rendah lagi. Jadi duta ini tak perlu berbohong. Tiada masalah untuk saya jadi sebahagian keluarga besar ini.

“Bila ditawarkan saya tak perlu buat penilaian terlebih dahulu sebaliknya saya terus terima sahaja,” ujarnya teruja.

Untuk info, Gardenia NuMee Bersama Fasha Sandha mengumumkan pelancaran produk terbaharu dalam rangkaian premiumnya iaitu Mi Segera Gardenia NuMee Signature – Laksa Kari – satu lagi sensasi kulinari yang memikat selera.

Khairil Khusyairi