Siti Nurhaliza Bakal Dianugerah Biduanita Negara? Ini Penjelasan Menteri Komunikasi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan kementeriannya dalam fasa awal berhubung penganugerahan gelaran Biduanita Negara buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut laporan Harian Metro, Fahmi berkata, perkara tersebut kini telah melalui proses perbincangan dalaman.

“Perkara ini sudah dibuat secara perbincangan dalaman. Jadi, belum sesuai untuk saya komen lanjut. Kita cuba tengok apa yang boleh dilakukan untuk percepatkan proses itu.

“Saya takkan komen lebih. Saya cuma ada bangkitkan dan akan ikut proses itu dan ambil masa,” katanya.

Terdahulu, peminat meminta pertimbangan Kementerian Komunikasi untuk menganugerahkan gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza selepas penganjuran gemilang Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu.

Untuk rekod, gelaran Biduanita Negara kini hanya disandang oleh dua penyanyi tersohor iaitu Allahyarham Puan Seri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Terbaik & Gah, 10,000 Penonton ‘Lepas Geram’ Karaoke Ramai-Ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Beri Bayangan Adakan Konsert Mega? Peminat Mula Berteka-Teki

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Mahu Kembali Beraksi Dalam Konsert Berskala Mega Di Stadium Nasional Bukit Jalil? – “Mungkin Sebelum Saya Bersara”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Meremang! Siti Nurhaliza Pukau Penonton Di Konsert David Foster…Siap Nyanyi Spontan Lagu All By Myself

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi