Fasha Sandha Mengandung Lagi?

Baru-baru ini kecoh di laman Instagram milik Fasha Sandha gara-gara satu perkongsian gambar miliknya yang seolah-olah berbadan dua telah mencetuskan tanda tanya oleh netizen.

Sebelum ini, Fasha Sandha pernah mengalami keguguran selepas baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz.

Berikutan daripada gambar yang dimuatnaik itu, ramai rakan artis dilihat memberikan ucapan tahniah dan luah rasa gembira pada ruangan komen gambar tersebut meskipun pelakon jelita itu belum memberikan sebarang kenyataan yang mengesahkan beliau mengandung.

Apa-apapun, marilah kita mendoakan yang terbaik buat Fasha Sandha!

Disediakan oleh : Dina Azmi

Ad Ops