Fasha Sandha Rancang Dapatkan Anak Lelaki Melalui Rawatan IVF

Pasangan pelakon popular, Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz kini merancang untuk mendapatkan seorang lagi anak melalui proses In-vitro fertilization (IVF) pada tahun hadapan.

Katanya, itu adalah proses untuk mereka mendapatkan anak lelaki selepas dikurniakan cahaya mata pertama, Aisha Amaira yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini hanya mampu merancang dan berserah segalanya kepada Tuhan.

“Buat masa ini kami belum lagi pergi berjumpa dengan doktor pakar. Semuanya kena tunggu habis penggambaran dan baru boleh berjumpa untuk dapatkan nasihat.

“Insyaa-Allah, kalau ikutkan perancangan memang kami inginkan anak lelaki, kalau ada rezeki. Tapi, belum tahu lagilah, itu semua kerja Tuhan,” katanya.

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Aidil berkata, isterinya perlu memperlahankan karier seni jika mahu menjalani rawatan tersebut.

“Misal kata nak ‘plan’ buat IVF, dia Fasha kena kurangkanlah kerja. Makan pun kena jaga.

“Lebih-lebih lagi untuk trimester pertama, itu kena jaga betul-betul dan perlu perlahankan segala aktivit,” jelasnya.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin