Comelnya! Gelagat Anak Ain Edruce Makan Salji Raih Tumpuan, Netizen Komen: “Tu Bukan ABC Nak”

Anak pelakon dan pengacara, Ain Edruce, Soraya tampil meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas melihat gelagatnya bermain salji di Jepun, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ain telah memuat naik video puteri kesayangannya itu teruja dapat makan salji.

Menurut Ain, dia sudah melarangnya namun terpaksa akur dengan tindakan si cilik itu.

”Mummy said cannot but….,” tulisnya.

Terhibur dengan gelagat spontan Soraya, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai reapons berbaur usikan dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Fatin Nurain