Fathia Latif Terima Padah Akibat Lantang Bersuara Di Media Sosial?

Fathia Latif, 30 merupakan seorang pelakon dan model yang telah lama berkecimpung  dalam industri hiburan tanah air. Namun, Fathia sering terpalit dengan kontroversi yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang artis. Walaupun beliau dilihat jarang membintangi drama dan filem pada ketika ini, namun Fathia masih mampu muncul dengan single terbaru bell iau yang berjudul Keluarkan Aku.

Public figure yang sentiasa mendapat perhatian bukan sahaja kerana beliau dijadikan sebagai role model, Fathia Latiff kini telah diarahkan untuk tampil memberi keterangan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di atas kesalahan beliau menyalah gunakan akaun media sosialnya itu. Fathia juga disyaki telah menyalahi undang-undang dibawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. 

Berang dengan arahan berikut, beliau sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya itu di laman Twitter dan instagramnya  namun, posting berkenaan telahpun dipadam.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan atau penjelasan yang dibuat oleh pihaknya. Mungkin Fathia akan menjelaskan tentang apa sebenarnya yang terjadi dalam masa yang terdekat ini. Tunggu jelah okay!

Kesimpulannya, tidak kira selebriti ataupun orang biasa, kita haruslah berhati-hati dan bijak dalam menggunakan teknologi yang serba canggih ini. 

Ad Ops