Fathia Latiff Ditempelak Pelakon & Pengarah Terkenal?

Nampaknya selepas pelakon Fathia Latiff memuatnaik sebuah foto beserta kapsyen menyindir bekas kekasihnya, Aiman Hakim Redza yang dikatakan telah berhutang dengannya, Sharifah Sakinah tampil untuk membela pelakon lelaki itu.

Menerusi laman Instagramnya semalam, Sharifah Sakinah menulis luahan peribadinya mengenai heronya dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka.

Sakinah menganggap Aiman sebagai seorang sahabat yang baik dan bebas dari masalah kewangan sepanjang mengenali jejaka itu.

” Pada mulanya saya tak mahu komen mengenai isu ini tetapi saya tidak berpeluang berjumpa anda dan saya percaya DM ( direct message) tidak akan menjernihkan kembali nama Aiman.

” Saya bercakap di sini mewakili Aiman untuk membersihkan reputasinya. Dakwaan berhutang itu tidak sama sekali benar. Malah sepanjang perhubungan kalian berlangsung, anda yang sering menimbulkan drama dan masalah,” katanya.

Dalam masa sama, pengarah terkenal Micheal Ang turut tampil mempertahankan Aiman.

Micheal memberitahu Aiman juga salah seorang pelakon yang tidak pernah meminta wang pendahuluan sebelum memulakan penggambaran. Ala, kira jenis bukan berkira punya orang ya!

Dalam masa sama, Micheal menegaskan niatnya hanya untuk menasihatkan Fathia dan memaafkan tindakan pelakon wanita itu. 

” Malaysia ini kecil, sayangi orang di kiri kanan anda. Tiada guna untuk terus hidup dalam kebencian,” tulisnya.

Sabarlah ya semua…Semua masalah atau perselisihan boleh settle cara baik. 

SGMS Faida