FATHIA LATIFF, SILA JANGAN BUAT KOMEN BODOH, CAPRICE BENGANG!

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi Rap, Caprice yang dilihat rajin memberikan komen mengenai isu kontroversi yang berlaku didalam dunia hiburan melalui video pendek yang dimuat naik melalui akaun instagram miliknya.

Dan, baru-baru ini Caprice dilihat memberikan komen berupa pandangan beliau terhadap isu Nur Sajat yang bergaduh dengan Papagomo berhubung isu kontroversi yang mengaitkan jantina usahawan kosmetik tersebut.

Namun, video Caprice mengenai Sajat dilihat mendapat respon daripada pelakon kontroversi iaitu, Fathia Latiff. Dalam komen yang ditulis oleh Fathia itu menunjukkan, beliau menyifatkan Caprice sebagai seorang yang sama level dengan netizen kerana selalu mengkritik dan menghakimi orang lain menggunakan platform media sosial.

Menerusi komen yang diberikan Fathia itu, Caprice telah memuat satu lagi video pendek di instagramnya yang seakan-akan memerli Fathia mengenai isu Bigo Live nya beberapa bulan lepas.

Namun, serangan komen antara Fathia dan Caprice tidak terhenti begitu sahaja. Menurut Fathia, Caprice sengaja untuk membuat serangan balas komen kerana Fathia merasakan Caprice berbuat sedemikian kerana beliau sebelum ini pernah menolak hadiah berupa Cupcake pemberian Caprice.

Begitulah lumrah menjadi seorang artis, bagi kami di xtra.com.my sikap profesional dan matang haruslah ditunjukkan kepada masyarakat umumnya di Malaysia. Ini  kerana, setiap gerak-geri dan perlakuan seseorang artis itu mencerminkan peribadi masing-masing. So, carilah jalan penyelesaian dengan cara yang lebih baik ok!

Salma Syahbuddin