Fathia Latiff ‘Spill The Tea’… Dakwa Suami Heliza Helmi Kaki Scammer?

Walaupun isu kontroversi yang timbul sejak kebelakangan ini masih belum reda membabitkan pelakon Fathia Latiff, kali ini aktres itu sekali lagi mencetuskan spekulasi selepas mendakwa suami kepada aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebagai scammer.

Menurut Fathia menerusi sesi live di Instagramnya pada Isnin, dia mendakwa bahawa syarikat yang dimiliki oleh Mahadi gagal menyiapkan kediaman yang dibelinya sejak 5 tahun lalu.

Bahkan, dia juga terpaksa membayar sebanyak RM2000 dalam tempoh tersebut.

“Mereka telah langgar kontrak. Janji nak siap tahun 2022 kemudian kata 2023 sekarang dah 2024… rumah tu masih lagi tak siap.

“Bayangkan saya terpaksa membayar RM2000 dalam tempoh lima tahun.  Yang saya tak faham kenapa saya kena bayar untuk rumah yang tak siap tu,” katanya.

Dalam pada itu, Fathia menjelaskan dia tidak ada masalah untuk bersembang secara empat mata dengan pihak  Mahadi memandangkan dia mahukan kediaman yang sepatutnya menjadi miliknya sejak beberapa tahun lalu.

“Saya boleh je nak bersembang dengan dia. Saya mahukan rumah saya. Jadi tolonglah siapa yang ada rakan peguam tu boleh mabil kes saya. Saya nak buat tuntutan ganti rugi.

“Kalau rumah tu tak siap, saya akan duduk Jepun,” jelasnya.

Sebelum ini, nama Fathia menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas aktres itu menggelarkan isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza iaitu Zahirah Mcwilson sebagai bibik.

Malah, dia juga mendedahkan sisi gelap rakan baiknya, Zarina Anjoulie sebagai seorang ‘penagih’ menerusi laman sosial miliknya.

 

Sumber: Instagram, Mstar

Salma Syahbuddin