Didakwa Makan Daging Babi, Altimet Tampil Pertahankan Adam Corrie – “Sepanjang Kenal Tak Pernah Nampak Beliau Langgar Agama”

Bekas penyanyi dap, dan selebriti, Altimet tampil mempertahankan pelakon, Adam Corrie yang didakwa makan daging khinzir sebelum ini.

Menerusi perkongsian di platform X, Altimet memberi respons mengenai satu ciapan yang mempertikaikan Adam makan Ayam Char Siew tidak halal.

Kata Altimet, dia tidak pernah melihat aktor berstatus agama Mualaf itu membuat sesuatu perkara yang dilarang dalam agama Islam.

“Tak pernah sekali kali saya nampak Adam buat perkara yg melanggar batas agama beliau, sepanjang kenal dia,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai dalam kalangan netizen menyokong kenyataan Altimet yang juga merupakan ahli politik itu.

Sebelum ini, Adam menafikan dakwaan dirinya memakan daging babi seperti yang didakwa ramai selepas.

Menurut Adam, sebagai seorang muslim yang telah kembali kepada fitrah selama 16 tahun, dia tidak pernah berasa rindu untuk makan perkara yang haram.

Artikel Berkaitan: 16 Tahun Kembali Pada Fitrah, Adam Corrie Mengaku Tak Rindu Nak Makan Daging B*bi

Aqilah Paharuzi