Categories: HiburanTrending

Influencer Elcah Selamat Bergelar Isteri Buat Kali Ketiga, Terima Mas Kahwin Sebuah Kereta Mercedes

Pempengaruh media sosial, Elcah selamat mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama jejaka pilihannya iaitu Hafizuddin pada malam Ahad.

Majlis tersebut turut mencuri perhatian ramai apabila Elcah atau nama sebenar Aien Hasha menerima sebuah kereta Mercedes CLA45S berwarna putih sebagai mas kahwin.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, majlis perkahwinannya dihadiri oleh rakan-rakan selebriti antaranya, Scha Ellinea, Fatin Afeefa, Raff Yaakob dan Kak KM.

Sekadar info, ini merupakan perkahwinan ketiga Elcah selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.

Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz Talak Melalui Voice Note, Influencer Elcah Dedah Punca Cerai Selepas 8 Hari Berkahwin!

ARTIKEL BERKAITAN: Geram Nama Dipetik, Puteri Sarah Tak Teragak-Agak Nak Saman Bekas Suami Elcah? – “Dah Lah Aniaya Bini Sendiri…”

Maya Basir