Irma Hasmie Buat Perkongsian Soal Ujian Dalam Hidup, Pengikut Beri Kata Semangat – “Sabar… Allah Takkan Bawa Sejauh Ini Untuk Gagal”

Perkongsian pelakon dan pengacara Irma Hasmie mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Irma memuat naik sebuah foto dirinya.

Foto tersebut memaparkan dirinya tersenyum berserta kapsyen bersifat ujian hidup.

“Berusaha tetap tersenyum ketika menerima ujian dalam hidup. Terima apa saja pemberian Allah baik dalam bentuk nikmat mahupun ujian.

“Sesungguhnya ujian yang kita hadapi barangkali ianya membawa kebaikan untuk diri kita kerana kita tidak tahu kesudahannya.

“Hakikatnya yang pasti Allah tidak pernah beri ujian lebih banyak daripada nikmat,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu.

Rata-ratanya mendoakan agar Irma terus diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menempuh segala ujian.

Terdahulu, Irma enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin kemelut rumah tangganya dengan suaminya, Redza Syah Azmeer.

Malah mendapati pelakon dan pengacara berusia 41 tahun sudah lama tidak berkongsi foto bersama suami di media sosial.

Untuk info, Irma Hasmie mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada 2012. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN:  Kapsyen Sedih Jadi Tanda Tanya, Irma Hasmie Enggan Buka Mulut Soal Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Muat Naik Kapsyen Sedih Di IG, Status Rumah Tangga Irma Hasmie Cetus Tanda Tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Status Rumah Tangga Kekal Jadi Tanda Tanya, Irma Hasmie Pilih Tuding Jari Kepada Diri Sendiri

Khairil Khusyairi