Muat Naik Kapsyen Di IG, Peminat Dakwa Nora Ariffin Kini ‘Berbadan Dua’?

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas memuat naik foto bersama suaminya, Dr Rushdi Ramli di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Nora kelihatan menitipkan doa agar tahun 2024 membawa sinar baru buat kehidupan mereka berdua.

“Hanya Satu. Moga tahun 2024 benar-benar memberi sinar baru buat kami berdua.

“Akan ku jaga sebaik mungkin. Inshaa-Allah,” tulisnya.

 

Melihat kepada kapsyen tersebut, ramai dalam kalangan peminat mendakwa, pelantun lagu Dipersimpangan Dilema itu kini sedang hamil.

Malah, mereka juga turut menitipkan doa agar perjalanan dan kehidupan pasangan itu dipermudahkan.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Nora masih lagi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai spekulasi yang timbul.

Salma Syahbuddin