Categories: HiburanTrending

Gara-Gara Tersilap ‘Landing’ Ketika Main Bola Sepak, Haziq Hussni Patah Pergelangan Tangan

Pengacara Haziq Hussni terpaksa menahan kesakitan akibat kecederaan patah pergelangan tangan selepas terjatuh semasa bermain bola sepak, semalam.

“Ia berlaku selepas saya menjaring gol dan kemudian silap ‘landing’ menyebabkan kecederaan itu.

“Sebaik sahaja ke hospital, doktor mengesahkan pergelangan tangan saya patah dan mengalami dislokasi.

“Sewaktu doktor betul kedudukan akibat dislokasi itu, sakitnya tidak terhingga.

“Tangan saya terpaksa disimen daripada pergelangan sehingga bahagian siku,” ujarnya.

Memetik laporan Harian Metro, Haziq perlu menjalani pembedahan bagi memasukkan besi pada pergelangan tangannya itu.

Menurutnya, ia mengambil masa selama dua bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Sekarang saya perlu tunggu bengkak itu reda dan kemudian masukkan besi. Doktor cakap paling-paling enam minggu hendak sembuh kerana luka pembedahan itu perlu penjagaan rapi,” katanya.

Dalam pada itu, Haziq tetap meneruskan kerja-kerja seninya bagaimanapun dia perlu membataskan pergerakannya agar tidak terlalu aktif.

Saya kena susun jadual balik kalau kerja membabitkan penggambaran kerana pada bulan depan ada terbabit drama. Tapi untuk kerja pengacaraan tiada masalah, saya boleh saja buat,” jelasnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesihatan Haziq.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie