Categories: HiburanTrending

Cerewet Pilih Naskhah, Aqasha Malu Jika Watak Tak Kena Dengan Usia – “Saya Mahu Banggakan Anak-Anak”

Pelakon dan penyanyi, Aqasha meluahkan rasa segan dan malu untuk melakonkan watak yang tidak bersesuaian dengan usianya pada ketika ini.

Sehubungan itu, dia perlu memilih serta meneliti sesebuah naskhah terlebih dahulu.

Akui kreadibiliti dalam kerjaya menjadi prioriti, Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli juga mahu membanggakan kedua-dua orang anaknya yang semakin meningkat remaja itu.

“Harapan saya apabila saya menerima skrip, saya mendapat watak yang boleh membanggakan anak apabila mereka menonton lakonan saya.

“Anak-anak pun sudah besar, mereka sudah faham apa yang mereka tonton jadi malulah kalau saya bawa watak-watak seperti dulu,” ujarnya.

Sementara itu, persoalan tentang dirinya yang agak lama menyepi dan jarang muncul di mana-mana drama, telefilem atau filem akhirnya terjawab.

Sungguhpun gemar memainkan watak yang bervariasi suatu ketika dahulu, Aqasha bagaimanapun memikirkan soal maruah dan nama baik keluarga pada ketika ini.

Dia tidak mahu dilabel sebagai pelakon yang tidak sedar diri gara-gara watak yang keterlaluan.

“Saya bukan menghilangkan diri dari dunia seni atau mengelak publisiti dari media, sebaliknya memilih cara ini kerana berpegang kepada apa yang saya katakan tadi.

“Dulu waktu muda pelbagai bentuk lakonan dan persembahan saya ingin cuba kerana mahu mencari tapak, membentuk identiti dan membina nama di mata masyarakat.

“Sekarang apabila lebih berusia dan berkeluarga, saya ada misi dan sasaran lengkap untuk saya jalankan dalam setiap projek yang akan datang.

“Saya harap setiap projek dan kerja seni yang saya lakukan memberi manfaat kepada orang ramai terutama golongan muda,” jelasnya.

Menurut Harian Metro, Aqasha kini sedang sibuk dalam penggambaran sebuah karya berjudul Nafsu yang bakal bersiaran di laman penstriman Viu.

Lakonan dan nyanyian sebenarnya berjalan seiring. Saya baru saja terbabit dengan projek Lagu Dari Seluloid terbitan Mac Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama Studio Funky Brigade yang kini disiarkan di YouTube.

“Jujurnya saya tidak pernah hilang daripada dunia seni. Mungkin orang sangka saya tidak aktif kerana saya tidak keluarkan lagu setiap tahun atau setiap enam bulan seperti penyanyi lain.

“Pengkarya seperti saya, jika ada rumput yang panjang tidak akan timbul-timbul. Alhamdulillah dalam kalangan rakan industri saya masih tidak tertinggal dan ditinggalkan,” katanya lagi.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie