“Usaha, Doa & Cable! Geram Ye Senyum Sampai Ke Telinga Tu” – Berjaya ‘Bodek’ Ustaz Riduan Noor, Ernie & Syamel Akhirnya Dapat Kek Tapak Kuda!

Selepas melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan kek tapak kuda viral dari Ustaz Mohd Riduan Noor menerusi TikTok, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel akhirnya menarik nafas lega apabila niat untuk mendapatkan kek tersebut membuahkan hasil.

Perkara tersebut dikongsi Syamel dan Ustaz Ridhuan Noor sendiri menerusi hantaran di Instagram masing-masing.

“Alhamdulillah thank you Ustaz @mohdriduannoor Semoga dilimpahi Allah rezeki yang mencurah-curah. Apa tagline yang harus kita pakai kawan-kawan ?” tulisnya.

Sementara itu, Mohd Riduan Noor yang popular dengan kek tapak kudanya yang sering ‘sold out’ itu turut berkongsi fotonya bersama pasagan tersebut.

“Masya-Allah terima kasih ye support. Alhamdulillah dapat jumpa tadi masyaAllah, Allah mudah kan urusan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Bahkan, ramai yang gembira dan teruja apabila Ernie dan Syamel akhirnya dapat merasa kek tapak kuda Ustaz Riduan Noor yang selama ini diidam-idamkan.

“Usaha, doa dan cable.

“Finally! Dapat juga.

“Bangmel! Jangan lupa simpan untuk kami juga.

“Masya-Allah senyum samapai ke telinga. Apa amalan Tuan Puan?

“Usaha, doa dan cable! Geram ek senyum sampai ke telinga tu,” komen netizen.

Terdahulu, Ernie dan Syamel sering melakukan sesi live di TikTok dan meminta Ustaz Mohd Riduan Noor mengasingkan sebahagian daripada stok hariannya untuk mereka, namun permintaan yang tinggi terhadap kek tapak kuda tersebut menyukarkan untuknya melakukan hal tersebut.

Salma Syahbuddin