Fattah Amin Lancar Koleksi Raya Fattastic, Istimewa di E! News

Buat julung kalinya, Fattah Amin tampil dengan koleksi raya beliau sendiri. Koleksi  yang digelar “Fattastic” itu merupakan koleksi naugan di bawah jenama “Fazbulous” iaitu jenama isterinya , Fazura. 

Koleksi yang dikenali sebagai Fattastic Raya ini menampilkan koleksi rekaan baju melayu moden dan kurta. 

“Sebagai selebriti saya menitikberatkan aspek pemakain saya . Untuk tahun ini saya berkolaborasi bersama Fazbulous, jenama di bawah isteri saya. Isteri saya banyak memberikan nasihat, malah Fazura sendiri seorang yang pakar dalam dunia fesyen. Saya banyak mendapatkan nasihat mengenai fesyen daripadanya”, ulas pelakon terkenal ini. 

“Saya lebih menyukai baju melayu, pada saya fesyen kurta ini lebih kepada casual. “, ujarnya mengenai citarasa fesyen kegemarannya. 

“InsyaAllah kalau diberikan rezeki dan peluang, untuk tahun-tahun seterusnya saya akan mengeluarkan koleksi seperti ini lagi”, ulasnya di majlis pelancaran Fattastic by Fattah Amin di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur

Koleksi baju raya ini boleh didapati dalam 9 warna menarik dan pilihan kurta pula boleh didapati dengan 5 pilihan istimewa.

Koleksi Fattastic Raya by Fattah Amin ini sangat terhad dan boleh didapati secara pra-tempahan bermula pada 15 April 2019 dan pembeli awal akan menerima hadiah istimewa Fattastic, pastinya membuatkan hari raya korang lebih bermakna.

Jom saksikan koleksi Fattastic Raya by Fattah Amin Hanya di YoutubeTV3MALAYSIA Official  dan E!News.

.

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”