Faye Kusairi Dijangkiti Virus Influenza A, Mohon Doa Buat Diri Dan Kandungan Anak Ketiga

Pelakon Faye Kusairi memohon maaf kerana terpaksa membatalkan perjalanan ke Brunei bagi menghadiri ekspo raya bersama pelakon Iqram Dinzly.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia dijangkiti virus Influenza A dan memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhannya.

“Kurang 10 hari lagi nak raya, saya diuji dengan kesihatan yang kurang baik. Mohon doakan kesihatan saya ya rakan-rakan Instagram/Facebook.

“Saya juga nak mohon maaf kepada warga Brunei kerana terpaksa membatalkan niat untuk ke sana atas dasar ini.

“Saya kini dijangkiti virus Influenza A. Doakan semoga saya cepat sembuh ya,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon 7 Hari Mencintaiku yang sedang hamil anak ketiga ini turut memohon doa agar kandungannya selamat.

“Doakan kesihatan saya dan kandungan ya,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis antaranya Siti Saleha, Ezzaty Abdullah dan Azza Elite turut mendoakan kesembuhannya.

Maya Basir