Fazley, Azrene Naik Pelamin 27 November Ini

Sempena ulang tahun perkahwinan ke 13, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz bakal naik pelamin sekali lagi.

Majlis bakal diadakan pada 27 November ini dengan berkonsep tradisional.

“ Memang akan ada pelamin tetapi tidaklah bersanding lama. Hanya majlis santai saja.

“ Menariknya, anak-anak nak buat persembahan pada hari itu nanti. Nampak mereka cukup teruja untuk raikan hari bersejarah kami,” katanya penyanyi lagu Asmara ini. 

Fazley dan Azrene berkahwin pada 2007 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestuinya.

Menurut Fazley, dia mahu persandingan kali ini lebih bebas dan dia boleh menjemput rakan-rakan yang tidak diboleh dijemput ketika itu.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

SGMS Faida