Fazura, Fattah Dapat Potret Keluarga Dari Sultan Selangor & Tengku Permaisuri

Pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin menzahirkan rasa terharu mereka selepas menerima potret keluarga dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj dan  Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, kedua-dua pasangan tersebut memaklumkan potret tersebut merupakan hadiah daripada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.

“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini. Kenangan ini amat bernilai buat patik sekelurga dan akan diabadikan selamanya. Junjung kasih Tuanku,”  tulisnya.

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsi momen-momen sewaktu mereka sekeluarga berada di kediaman Sultan Selangor itu.

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Malah, ada juga sesetengah pihak yang menjangkakan kedua-dua pelakon itu bakal menerima darjat atau gelaran Datuk dan Datin.

Fatin Nurain