Tular Foto Berada Di Kelab Malam Di TikTok, Netizen Kritik Aedy Ashraf

Pelakon terkenal Aedy Ashraf menjadi sebutan netizen selepas tular sebuah foto memaparkan dirinya berada di kelab malam.

Seorang pengguna TikTok telah berkongsi satu hantaran yang memaparkan Aedy bersama seorang wanita.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa marah mereka terhadap aktor Kisah Cinta Kita itu.

“Bukan main nak yang beautiful inside and out,” tulis seorang netizen.

“Dulu orang salahkan A.H bila dia orang putus,” kata netizen lain.

Bagaimanapun, video tersebut telah dipadamkan oleh individu itu.

Sebelum ini, tular sebuah video seorang pelakon lelaki terkenal dikatakan mirip seorang pelakon sedang bercumbu dengan seorang wanita di kelab malam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Aqilah Paharuzi