Kongsi Momen Photoshoot, Peminat Terhibur Gelagat Anak Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson

Pelakon Aiman Hakim Ridza berkongsi pengalaman menjalani sesi penggambaran bersama isterinya, Zahirah Macwilson dan anak mereka, Isaac Raees.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aiman lega apabila putera kesayangannya itu tidak banyak ragam dan memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi tersebut berjalan.

“Pengalaman bekerja dgn si kecik @isaacraees ni memang best. Senang memberi kerjasama. Tak lokek dgn senyuman dan tawa. Cepat menawan hati. Dan yang paling best he is my little cheeky boy!” tulisnya.

Aiman juga memaklumkan dia dan Zahirah turut senang dengan gelagat si kecil itu yang membuat ramai terhibur dengannya.

“His new favourite word is ‘Bakelo’ which me and my wife have no idea what is the meaning. He will say it with penuh perasaan every single time. Swipe sampai habis untuk tengok,” katanya.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur dengan kecomelan Isaac dan meluahkan rasa teruja mereka melihat kebahagiaan keluarga pasangan pelakon itu.

“Alhamduillah Alhamduillah keluarga bahagia.. Isaac Raees ada lah harta paling berharga didunia dan Akhirat.. Aamiin so cute Isaac Raees..

“Cantiknya Ira.. Bijak boy Isaac…..happy family.

“Pandai Isaac buat kelakar and happy kan orang sekeliling.

“Beautiful family. Manis dengan senyuman,” komen peminatnya.

Fatin Nurain