Masuk Kelab Malam, Ebit Lew Beri P*lacur Jubah & Tudung -“Ada Yang Dah Lama Ingin Berubah, Tapi…”

Walaupun kes perbicaraannya akan berlangsung pada 27 September ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan perjuangannya menyantuni orang ramai termasuklah mereka yang  bergelar ‘wanita malam’.

Ebit berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya ketika berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

“Malam tadi pergi kelab malam berjumpa wanita menjadi wanita malam (prostitute) di Jakarta Ada yang Islam dan bukan Islam. Mereka kenal saya.

“Katanya selalu lihat di media sosial. Bila minta masa sekejap berbual mereka gembira memberi masa. Mereka minta untuk ambil gambar. Banyak soalan tentang Islam dan hubungan dengan Allah serta rindukan ibu bapa. Baik-baik semuanya mendengar dan bertanya,” tulisnya.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Ebit juga memaklumkan, sebahagain daripada ‘wanita malam’ ini menjual diri mereka sejak remaja lagi, malah ada yang terdesak untuk meneruskan kehidupan demi membantu keluarga.

“Sebahagian bekerja menjual diri semenjak umur 14 tahun. Remaja lagi. Mulanya kerana keluarga susah dan terdesak ingin membantu keluarga. Ada sebahagian ibu tiada suami besarkan anak seorang diri.

“Semua menangis je bila saya mula cakap. Allah sayang kita dia beri banyak nikmat. Teresak-esak menangis. Katanya tengok Pak Ustaz rindukan ibu bapa. Rindu nak dekat pada Allah,” kongsinya.

 

Sementara itu, Ebit juga tidak menyangka reaksi yang diberikan oleh golongan ini apabila kesemua mereka menangis ketika diberitahu mengenai banyaknya nikmat yang Tuhan berikan kepada manusia.

“Terkejut rasa bila tiba-tiba semua menangis walau mungkin tak faham semua perkataan saya. Allah Maha Penyayang. Sentiasa mengetuk hati hambanya. Kita semua sedang diuji. Atas jalan yang sama belum tahu nasib kita disana. Untuk dekat pada Allah selalu mengajak orang lain dekat pada Allah. 

“Ada yang dah lama ingin berubah belum kuat. Hari ni kami kuat untuk tukar kerja lain. Ingin cari rezeki yang halal walau mungkin susah. Saya ‘capek’ ustaz. Meluah rasa penat jadi begini. Rindu nak sujud pada Allah,” jelasnya.

Selain menyampaikan ceramah di kelab malam, Ebit juga sempat memberikan hadiah berupa jubah dan tudung buat mereka.

“Mereka suka sangat dapat tudung tu dan minta doakan mereka suapya lebih dekat dengan Allah,” tulisnya lagi.

Ketika kunjungan Ebit ke Jakarta, beliau bukan sahaja sempat bertemu dan menyantuni golongan ‘wanita malam’ ini bahkan, turut bertemu dengan golongan pemuda punk dan membantu menguruskan kepulangan seorang bapa dan anaknya yang merupakan rakyat Malaysia yang terkandas di republik itu.

 

Salma Syahbuddin