Filem Superhero DC Terbaru, Shazam Bakal Gegar Panggung!

Dikatakan menjadi saingan buat Captain Marvel, DC Bakal muncul dengan filem superhero terbaru iaitu Shazam!

Diadaptasi daripada komik terkenal DC, Warners Bros sekali lagi mencipta magik dengan kemunculan Shazam. Filem ini mengisahkan seorang remaja yang bertukar menjadi superhero. Kehebatan David F.Sandberg sebagai pengarah sememangnya tidak harus dipertikaikan lagi dengan hasil sentuhan beliau dalam  filem Lights Out dan Annabelle: Creation.

Filem ini dinanti-nantikan oleh peminat DC kerana genrenya yang bersifat komedi . Malah lakonan Zachary Levis yang berjaya membawakan watak sebagai super hero yang bersikap jenaka dan fun juga dinanti-nantikan oleh penonton. 

Sumber: Warner.Bros Pictures

Shazam mengisahkan kehidupan Billy Batson (Zachary Levis), seorang remaja berusia 14 tahun yang terpaksa tinggal bersama keluarga angkatnya. Suatu hari, ketika berada di dalam kereta Billy  memasuki dunia magik dan bertemu dengan seorang ahli sihir yang memberikannya kuasa superhero dengan satu perkataan iaitu Shazam! Billy dan abang angkatnya, Freedy Freeman harus menggunakan kuasa Billy untuk menghalang kejahatan Dr. Thaddeus Sivana (Mark Strong).

Antara pelakon yang akan membintangi filem ini adalah Zachary Levis, Mark Strong, Jack Dylan Grazer, Djimon Hounsou, Grace Fulton dan ramai lagi.

Sumber:https://www.forbes.com/sites/scottmendelson/2019/03/04/shazam-trailer-dc-films-wonder-woman-aquaman-captain-marvel/#362540e12ad9

Filem ini akan mula ditayangkan pada 5 April. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem aksi superhero terbaru di pawagam berdekatan korang. 

Jom, sama-sama kita saksikan trailer penuh filem ini.

 

Ad Ops