Rasa Diri Tak Cukup, Fimie Don Akui Pernah Curang – “Sesungguhnya Kalau Kita Sayang Orang Yang…”

Pelakon dan penyanyi mengakui pernah berlaku curang di dalam hubungan percintaannya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @daliafarhana, pelantun lagu Langit Yang Sama ini bertanyakan kepada Fimie punca seseorang itu curang.

“Kenapa orang curang?,” tanya Dalia.

Menurut Fimie, seseorang itu curang kerana tidak merasakan cukup dengan apa yang dimiliki.

“Saya rasa sebab orang yang curang adalah orang yang tak cukup. Bukan sahaja tak cukup dengan kasih sayang tapi tak cukup dengan diri dia, tak bersyukur,” jelasnya.

Mengakui kesilapan, dia juga pernah curang terhadap bekas kekasihnya dan merasakan dirinya adalah seorang yang rugi.

“Fimie pun pernah buat silap tu dan saya sedar orang yang buat tu (curang) adalah orang yang rugi. Sesungguhnya kalau kita sayang orang yang tak sayang kita, dan tinggalkan orang yang sayang kita, dia adalah orang yang rugi.

“Saya pernah berada di dalam position orang yang rugi dan saya tak nak jadi orang rugi dah,” ujarnya.

@daliafarhanakenapa orang curang?

♬ Rumah – Dalia Farhana

Terdahulu, lakonan Fimie dan Dalia yang mengisahkan tentang seorang suami yang ‘kantoi’ curang dengan isterinya meraih pujian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Dalia Farhana & Fimie Don Raih Pujian, Lakon Babak Suami Pukul Isteri Gara-Gara…

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] GF Ke Tu? Peminat Kongsi Aksi Romantik Fimie Don Bersama Seorang Gadis Di Konsert, Netizen Teka: – “Itu Dulu Pelakon Kanak-Kanak Juga”

Maya Basir