Foto ‘Vogue’ Nabila Huda Dipuji Ramai, Netizen Label Persis Amy Search – “Carbon Copy! Tapi Ni Versi Perempuan Punya”

Pelakon versatile, Nabila Huda mencuri perhatian netizen apabila memuat naik fotonya di Instagram pada Rabu.

Menerusi perkongsian tersebut, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil kelihatan mengenakan blazer bercorak, berwarna cerah dengan gaya rambut ‘curly’ persis bapanya yang juga penyanyi terkenal, Amy Search.

“Air yang di cincang takkan putus,” katanya.

 

Teruja melihat perkongsian tersebut, rata-rata netizen dan rakan selebriti meninggalkan pelbagai respons pada hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang bersetuju bahawa Nabila kelihatan saling tidak tumpah seperti bapanya.

“Memang sebijik, cap bapak dan anak.

“Sumpah! Ingat Amy Search tadi.

“Eh, sangat-sangat serupa. Love teruk, cantik sangat!

“Carbon copy!

“Ini memang real photostate,” komen netizen.

Melihat ramai yang memberikan respons terhadap hantaran terkini aktres tersebut, pelantun lagu Fantasia Bulan Madu, Amy Search turut meninggalkan komen di ruangan berkenaan dan mengakui anak perempuannya itu kelihatan sama sepertinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Curi Budaya Indonesia, Nabila Huda Terima Ugutan Anak Akan Diculik

ARTIKEL BERKAITAN:Anggap Diri Bukan Wanita Sempurna, Nabila Huda Kesal Tak Sempat Masak Untuk Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Huda Tegur Secara Umum, Tak Dingin Dengan Sophia Albarakbah… Sedia Berlakon Bersama

ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Huda Buka Mulut Isu Beri Kenyataan ‘Berani Mati’ Terhadap Nad Zainal -“Buat Apa Nak Terhegeh-Hegeh”

Salma Syahbuddin