Cantik & Manis Bertudung, Haneesya Hanee Raih Pujian – “Muka Arabic Sangat Ni!”

Pelakon dan model Haneesya Hanee tampil mencuri perhatian dalam kalangan pengikutnya selepas berkongsi gambarnya bertudung.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Haneesya menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Haneesya kelihatan sangat cantik dan manis apabila mengenakan tudung berwarna putih.

“Hai,” tulisnya.

Kagum melihat keayuan penampilan pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih ratusan pujian dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Segala Mak Nenek Silam Aku Korang Ungkit, Orang Lain Yang Viral Jangan Kaitkan I” – Haneesya Hanee

Fatin Nurain