Bapa Along Jinbara Meninggal Dunia

Bapa kepada vokalis kumpulan Jinbara, Along iaitu Ahmad Shamsi Seri dilaporkan meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya, petang semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira 6.45 petang ketika menjalani rawatan kemoterapi susulan menghidap kanser hati tahap empat.

Rakan Along, Mohamed Iqbal Khalid, 50, berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Batu 2, Tebuk Pulai, Sabak Bernam.

“Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 37 Darat, Sabak Bernam,” katanya.

Khairil Khusyairi