Fuad Rahman Dituduh Masih Tak Berubah, Tom Pertahankan Suami

Penyanyi Tom tampil mempertahankan suaminya, Fuad Rahman yang dituduh masih belum berubah dan membuat pilihan yang salah memilihnya sebagai pasangan hidup.

Menerusi hantarannya di Instastory, Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzan Raja Ikram memuat naik komen-komen negatif tentang suaminya.

Menurutnya, dia tidak mahu ambil peduli dan memberitahu banyak melihat perubahan yang baik dalam diri Fuad sebagai seorang suami dan bapa.

“Biar la orang nak menilai abang (Fuad) tak akan dapat berubah dan pilihan abang buat Tom jadi wife tak sesuai dan abang tak akan berubah bila dengan Tom.

“Yang penting Tom tau abang kuat. Abang dah berubah. Abang suami yang baik, bapa yang baik.

“Orang luar tahu bercakap, Tom yang serumah dengan abang. Tom tahu abang dah berubah,” ujarnya.

Di dalam hantaran lain, Tom berkongsi foto Fuad sedang menunaikan solat dan turut bersimpati dengan suami yang sering menerima kecaman netizen.

“Kesian kadang-kadang tengok abang. Orang asyik judge abang sedangkan mereka tak tahu, abang lah orang yang paling baik dan bertanggungjawab Tom pernah jumpa.

“Harap suami Tom banyak bersabar. Tom tau abang kuat,” katanya.

Untuk rekod, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Sebelum ini, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dah dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak daripada perkahwinan pertamanya.

Maya Basir