Didakwa Bercuti Di Tempat Larangan Kota Al-Ula, Peminat Pertahankan BCL – “Mohon Buat Bacaan Lebih”

Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menjadi sebutan ramai selepas berkongsi beberapa keping foto di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsin tersebut, BCL memuat naik momen bersama suami, Tiko Aryawardhana dan anaknya, Noah Sinclair bercuti di Arab Saudi.

Dalam foto tersebut, penampilan pemilik lagu Cinta Sejati ini memakai jubah berona coklat serta dipadankan dengan gaya tudung turban warna sama.

Malah, mereka sekeluarga tampak gaj bergaya apabila Noah dan Tiko turut memakai busana bertemakan coklat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal kerana menganggap BCL dan keluarganya bercuti di Kota Al Ula, iaitu tempat larangan bagi orang Islam.

BCL bagaimanapun tidak membalas komen-komen tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada beberapa individu tampil mempertahankan BCL dengan mengatakan destinasi percutian selebriti ini bersama keluarga terletak kira-kira 30 kilometer (km) dari Kota Al Ula.

“Yang tidak digalakkan untuk pergi adalah Madain Saleh (Hegra). Tempat ini dalam 30 km, 20 minit dari Al-Ula. Mohon buat bacaan lebih ya,” tulis individu tersebut.

“Untuk pengetahuan, tak semua tempat di wilayah Al-Ula terlarang. Hanya Mada’in Saleh / Hegra yang dilarang. Disama banyak pemakaman kaum Tsamud. Wallahualam,” tulis individu lain.

BCL dilihat turut ‘pinned’ komen-komen tersebut di ruangan tersebut seakan menjawab persoalan ramai yang mengkritiknya.

Sebelum ini, status sah ibadah Umrah BCL menjadi persoalan ramai apabila dia dilihat menunaikan ibadah tersebut sambil memakai sambungan bulu mata (eyelash extension).

Artikel Berkaitan: Pakai ‘Eyelash Extension’, Status Sah Ibadah Umrah BCL Cetus Persoalan Ramai

Artikel Berkaitan: Perkahwinan Kedua Kerap Dikritik, Ini Respons BCL – “I Hope Everyone Respect Our Life”

Aqilah Paharuzi