Muat Naik Kenyataan ‘Bet*na’ Lupa Diri, Nabila Huda Biar Jadi Tanda Tanya – “Dia Tahu Siapa Dirinya”

Pelakon Nabila Huda tidak mahu mengulas lanjut tentang isu ‘naik hantu’ terhadap individu yang dimaksudkan di dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, hantaran tersebut cukup sekadar dia dan individu tersebut yang tahu.

“Biarlah apa yang berlaku menjadi tanda tanya. Yang penting ‘dia’ tahu siapa dirinya.

“Minta maaf, saya tidak boleh komen atau ulas lebih lanjut,” ujarnya ringkas.

Selain itu, Nabila juga tidak memberi sebarang bayangan sama ada individu tersebut adalah rakan industri rakan atau tidak.

Terdahulu, Nabila meluahkan rasa marah dengan bertindak melemparkan kata-kata kesat dan mengugut untuk mendedahkan perangai sebenar individu yang suka memporak-perandakan keadaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda Naik Hantu! Kesal Dengan Sifat ‘Bet*na’ Lupa Diri – “Kau Memang Puk*m*k!”

Malah, rata-rata netizen juga tertanya-tanya tentang individu yang diperkatakan oleh Nabila.

Maya Basir