Fyna Jebat & Bekas Suami ‘Kantoi’ Dating? Ini Respons Empunya Badan

Penyanyi Fyna Jebat dan bekas suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan mencuri perhatian selepas tular sepotong video pendek di TikTok yang menunjukkan pasangan ini keluar bersama menikmati sarapan di sebuah restoran yang terletak di Damansara baru-baru ini.

Menerusi perkongsian sebuah portal hiburan, pasangan sensasi ini kelihatan mengenakan pakaian berona sedondon dan tampak mesra menikmati hidangan masing-masing.

“Mesranya penyanyi Fyna Jebat dan Datuk Zainal Abidin bersama-sama menikmati hidangan masing-masing di sebuah restoran di kawasan Damansara,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet terkejut melihat kelibat pasangan ini yang dilaporkan telahpun bercerai pada Mei lalu.

“Bukan mereka dah cerai ke?

“Orang tu nak sorok, kau pula bagi kantoi.

“Kalau dah bercerai pun apa salahnya makan atau sarapan bersama, bercerai tak semestinya bermusuh,”komen netizen.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zainal Abidin tampil memberikan respons berkenaan isu tular tersebut.

Katanya ketika dihubungi  mStar, dia belum menonton dan tidak mengetahui mengenai penyebaraan video berkenaan.

“Saya pun tak tengok, jadi saya tak tahu apa.

“Saya tengah makan ni, nanti saya hubungi anda semula,”jelasnya.

Terdahulu, kisah pasangan ini menjadi perhatian selepas Fyna yang juga kakak kepada penyanyi popular, Ayda Jebat mengesahkan status perkahwinannya itu ketika terlibat dalam sebuah program hiburan TV3, Famili Duo.

Namun, dia tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan rahsianya itu.

ARTIKEL BERKAITAN:”Ya, Saya Dah Berkahwin” – Fyna Jebat Mengaku Bernikah Dengan Zainal Abidin Hassan

Bagaimanapun, pada awal Mei lalu, berita mengenai perceraian pasangan ini tular dan difahamkan perkahwinan Zainal dan Fyna hanya mampu bertahan hampir empat bulan sahaja.

Sekadar info, sebelum mendirikan rumah tangga bersama Fyna, Zainal Abidin sudah mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini selama 43 tahun dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN:Fyna Jebat Sah Cerai! Sumber Terdekat Dedah Perkara Sebenar – “Mereka Bercerai 2 Minggu Lalu” 

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Fyna Jebat Didakwa Kahwin Suami Orang? Ini Respons Zainal Abidin Hassan

ARTIKEL BERKAITAN:Terserempak Zainal Abidin Hassan & Fyna Jebat, Kemas Kini TikTok Mustapha Kamal Buat Peminat Teruja – “Cinta Tak Kenal Usia”

ARTIKEL BERKIATAN:3 Bulan Fyna Jebat Tak Dapat Dihubungi, Didakwa Emosi Terganggu Bercerai Dengan Zainal? – “Mesej Dan Call Pun Tak Jawab…”

 

Summber: TikTok, mStar

Salma Syahbuddin